BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 6, 2009

6 sebab utama kenapa anda mesti cuba Iman Celur?

Iman Celur bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Tuhan yang maha pengasih lagi maha pemurah untuk menyumbang khidmat kami kepada masyarakat di Kuala Lumpur dan Selangor. Jangkaan kami, sudah beribu-ribu tetamu kami yang berpeluang menikmati keenakan Stimbot Iman Celur. Rata-rata maklum balas yang kami terima amat menggalakkan. Ini menguatkan azam kami untukmemberikan perkhidmatan yang terbaik kepada tetamu kami.

Dari tinjauan kami, tetamu-tetamu kami memberikan 6 sebab utama kenapa mereka menggemari Iman Celur:

1. Tetamu kami mendapati makanan yang Iman Celur sediakan adalah segar, bersih, halal dan berkualiti.
2. Tetamu kami berpuas hati dengan harga makanan yang disediakan oleh Iman Celur yang nilainya adalah setara dengan kualiti, di tambah lagi dengan promosi bermusim yang menarik yang di jalankan untuk membalas jasa tetamu kami yang menyokong Iman Celur.
3. Tetamu kami menyukai 4 jenis kuah yang disediakan dan ianya mempunyai rasa istimewa terutamanya apabila kesemua kuah itu dicampur sekali mengikut resepi rahsia kami.
4. Tetamu kami menggemari pilihan makanan yang banyak (sehingga 40 jenis).
5. Tetamu kami minat pada kenderaan perniagaan Iman Celur yang bersih (peralatan stainless steel) dan menarik (design pokok krismas untuk display makanan).
6. Tetamu kami menggemari layanan mesra seperti kawan lama yang diberikan oleh Iman Celur.

Ada banyak lagi maklum balas yang baik yang kami terima. Kami berterima kasih atas semua maklum balas, yang baik dan yang kurang baik. Yang baik, kami teruskan dan yang kurang baik kami perbaiki untuk kepuasan hati tetamu kami.

Kami menjemput anda untuk mencuba Iman Celur dan berikan pendapat dan maklum balas kepada kami.

No comments:

Post a Comment