Kami berterima kasih kepada pengarah filem Ho Yuhang kerana telah memberi peluang kepada Iman Celur untuk bersama-sama menjayakan pengambaran iklan Proton 1 Malaysia. Iklan ini mempromosikan konsep 1 Malaysia dan melibatkan pelakon hebat Afdlin Shauki, penyanyi evergreen Dato David Aramugamdan pengarah flem Ho Yuhang sendiri. Iman Celur terlibat secara amnya didalam kebanyakan versi iklan itu dan khususnya didalam iklan 1 Malaysia : Lok Lok. Abang Aisyah, Ronnie adalah penjual Lok Lok didalam iklan tersebut.