BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 19, 2010

aktiviti terbaru..CATERING!






















salam semua! sudah lame tak update bLOg..sibuk berniaga. dengan komitmen opis lagi..sambil owner sambung study di uitm. xsempat nak menjengah di sesawang ni..

tapi kami masih sempat mengupload gambar-gambar untuk dikongsi beberapa aktiviti berniaga beberapa minggu ni.

diucapkan ribuan terima kasih bagi yang menyokong! SEMOGA IMAN CELUR TERUS MAJU DAN BERSAMALAH MEMILIH MAKANAN HALAL UNTUK KEPENTINGAN UKHRAWI DAN DUNIAWI!!

Sunday, August 30, 2009

Iman Celur dan iklan Proton 1 Malaysia

Kami berterima kasih kepada pengarah filem Ho Yuhang kerana telah memberi peluang kepada Iman Celur untuk bersama-sama menjayakan pengambaran iklan Proton 1 Malaysia. Iklan ini mempromosikan konsep 1 Malaysia dan melibatkan pelakon hebat Afdlin Shauki, penyanyi evergreen Dato David Aramugamdan pengarah flem Ho Yuhang sendiri. Iman Celur terlibat secara amnya didalam kebanyakan versi iklan itu dan khususnya didalam iklan 1 Malaysia : Lok Lok. Abang Aisyah, Ronnie adalah penjual Lok Lok didalam iklan tersebut.

Thursday, August 6, 2009

6 sebab utama kenapa anda mesti cuba Iman Celur?

Iman Celur bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Tuhan yang maha pengasih lagi maha pemurah untuk menyumbang khidmat kami kepada masyarakat di Kuala Lumpur dan Selangor. Jangkaan kami, sudah beribu-ribu tetamu kami yang berpeluang menikmati keenakan Stimbot Iman Celur. Rata-rata maklum balas yang kami terima amat menggalakkan. Ini menguatkan azam kami untukmemberikan perkhidmatan yang terbaik kepada tetamu kami.

Dari tinjauan kami, tetamu-tetamu kami memberikan 6 sebab utama kenapa mereka menggemari Iman Celur:

1. Tetamu kami mendapati makanan yang Iman Celur sediakan adalah segar, bersih, halal dan berkualiti.
2. Tetamu kami berpuas hati dengan harga makanan yang disediakan oleh Iman Celur yang nilainya adalah setara dengan kualiti, di tambah lagi dengan promosi bermusim yang menarik yang di jalankan untuk membalas jasa tetamu kami yang menyokong Iman Celur.
3. Tetamu kami menyukai 4 jenis kuah yang disediakan dan ianya mempunyai rasa istimewa terutamanya apabila kesemua kuah itu dicampur sekali mengikut resepi rahsia kami.
4. Tetamu kami menggemari pilihan makanan yang banyak (sehingga 40 jenis).
5. Tetamu kami minat pada kenderaan perniagaan Iman Celur yang bersih (peralatan stainless steel) dan menarik (design pokok krismas untuk display makanan).
6. Tetamu kami menggemari layanan mesra seperti kawan lama yang diberikan oleh Iman Celur.

Ada banyak lagi maklum balas yang baik yang kami terima. Kami berterima kasih atas semua maklum balas, yang baik dan yang kurang baik. Yang baik, kami teruskan dan yang kurang baik kami perbaiki untuk kepuasan hati tetamu kami.

Kami menjemput anda untuk mencuba Iman Celur dan berikan pendapat dan maklum balas kepada kami.

Wednesday, August 5, 2009

Iman Celur Events

Semenjak dimulakan, Iman Celur telah diberi kesempatan untuk menyertai event seperti KL Sunburts, KL F1 GP dan Konvokesyen UITM. Kami juga telah diberi peluang untuk menyediakan khidmat katering untuk majlis-majlis keramaian di rumah pelanggan dan juga dari badan korporat. Jika anda merancang untuk mengadakan majlis dan anda inginkan kelainan, sila hubungi Fasihah Radzi di talian 0132802739 Kami ingin berkongsi pengalaman dan jika anda suka perkhidmatan kami, kami bersedia untuk membantu anda.



























Ini adalah dua daripada tetamu yang sangat kami hormati. Walaupun mereka bertaraf selibriti, mereka sangat ramah, rendah diri, ceria, saling menghormati dan baik hati. Iman Celur merasa gembira dan berbesar hati mendapat sokongan dari mereka.


























































Sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan dari tetamu menambahkan keyakinan dan semangat kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

p/s: terima kasih kepada Subang Andaman atas kesudian anda menjemput kami pada majlis Jubli Perak Developer. ada masa jemput lagi! Kami akan berada di Bukit jalil pada jumaat sabtu dan ahad ini (2,3,4 julai 2010) NANTIKAN KEDATANGAN KAMI!


Tuesday, August 4, 2009

Sila lawati Iman Celur di Konvokesyen UM dan UKM

Iman Celur akan bersama-sama meraikan kejayaan graduan-graduan Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia di Konvokesyen UM dan UKM nanti. Sila jemput untuk melawat dan mencuba Stimbot Iman Celur yang halal lagi bersih. Kami diberitahu oleh tetamu-tetamu kami bahawa sos stimbot kami (gabungan dari 4 pilihan sos yang kami sediakan) adalah yang tersedap sekali di Kuala Lumpur dan Selangor ini. Tempat-tempat lain kami tidak tahu. Silalah datang dan cuba stimbot dan sos kami. Segala cadangan dan maklum balas adalah sangat-sangat kami hargai. Kami berharap untuk berjumpa anda di sana.